Soalnya, apesal nak susah-susah gi bayar zakat?
1) takde ruginya bayar zakat - kalau memang dah dipaksa bayar cukai, apa salahnya bayar zakat - boleh deduct bayaran zakat dalam cukai pendapatan secara automatik... lagipun, jumlah zakat & cukai lebih kurang je.. ataupun, jika salah satu lebih banyak, top up je nilai tu.. kalau terlebih zakat, LHDN bayar balik..
2) dana zakat digunakan untuk pembangunan ummah - tak kira la bagi kat fakir miskin ke/bagi biasiswa dekat student ke dll..
kat Kelantan, pernah dengar Balai Islam Lundang? Bagi student yang nak masuk/dah masuk U, balai islam la tempat yang dituju untuk mendapatkan sedikit dana bagi menampung perbelanjaan universiti ( tak pernah
buat, tapi i know some of my villagers pegi!).. X ke rasa bangga duit yang bayar zakat tu boleh bantu pelajar-pelajar lain
3) agihan zakat lebih telus - 8 asnaf zakat... sah duit zakat tu tak digunakan untuk menampung perbelanjaan
rakyat Malaysia ke luar negara atas urusan "kerja" sehinggakan digelar "Lady of SHOPPING" kat media luar.. (err, sekadar contoh!)
4) zakat wajib kepada yang berkemampuan (check la http://www.e-zakat.com.my)
Copy paste pasal zakat dari Lembaga Zakat Selangor:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
5) Zakat membersihkan harta yang bukan milik kita.. Insyaallah, bila dah bayar zakat dengan niat ikhlas, duit akan terasa cukup.. Tuhan boleh bagi rezeki dalam bentuk lain, tak semestinya duit je.. Percayalah, hanya tuhan yang berkuasa memberi rezeki.. Anda tidak akan jatuh miskin jika membayar zakat..
Cara nak bayar????
1) potong gaji - isi borang kat sumber manusia, hantar & voila, done!
2) bayar kat agen kutipan yang sah
Kelantan - Balai Islam Lundang
biasanya ade freebies kalau bayar kat situ, contohnya payung, mug, Kalendar (dengan waktu solat di negeri Kelantan) dll..
3) bank in dalam akaun Lembaga Zakat Negeri pun boleh - klik guna CIMB Click/ Maybank2u pun boleh..
4) bayar kat bank/pejabat pos/guna kad kredit/melalui e-zakat pay..
Syarat wajib:
syarat wajib zakat pendapatan?
- Islam
- Merdeka
- Pemilikan sempurna
- Cukup nisab
- Haul (cukup 1 tahun kerja)
- Pendapatan halal
1) 2.5% daripada pendapatan kasar
2) 2.5% daripada (pendapatan - perbelanjaan yang dibenarkan)
- tolakan yang dibenarkan - diri, parent, wife , anak, saving dalam Tabung Haji, KWSP (zakat KWSP lain pulak)
3)
No comments:
Post a Comment